Dear AELB User!

This site will look much better in a browser that supports web standards, but it is accessible to any browser or Internet device.

ENGLISH  
 
Dasar Kualiti  
Piagam Pelanggan  
Notis Pelanggan  
Pasukan Bertindak Kecemasan  
Jadual Peperiksaan PPS 2009  
Daftar Online Peperiksaan PPS  
Jadual Kursus PPS 2009  
Kalendar 2009  
Soalan Lazim  
 


Y.M. Raja Dato' Abdul Aziz
Raja Adnan

KETUA PENGARAH AELB
Tel: 6-03-89225777
kp@aelb.gov.my

 
LINK  
 

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan?

 
SEMAK EMAIL  
   
 
"Selamat, Terjamin dan Terkawal"
 
 
PENGUMUMAN
Senarai Semak Permohonan Bayaran Bagi Bil/Invois/Tuntutan Daripada Pembekal
 
   
Pembayaran melalui Perbankan Internet Maybank2u, CIMB Personal Banking and CIMB Biz-Channel  boleh dibuat sekarang: Bayaran Fee Lesen, Fee Peperiksaan PPS dan Fee Kad Pekerja Sinaran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Perlesenan AELB.
 
 
   

Nuclear Regulatory Newsletter, March 2009
......... Enhancing Public Knowledge on Nuclear Safety ...

 
Kemaskini: 08 Jun 2009
 
MAKLUMAT SEMASA
Arkib Media: Jun 2008, Julai 2008, Ogos 2008
 
Cadangan tenaga nuklear - Utusan Malaysia
 
08/06/2009: KUCING
, -- KUCHING 7 Jun - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyiapkan kertas Kabinet berhubung cadangan untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini. Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof berkata, ia berdasarkan kajian yang membuktikan bahawa nuklear merupakan sumber termurah jika dibandingkan dengan lima sumber tenaga yang digunakan ketika ini. Meskipun telah siap, beliau berkata, draf kertas Kabinet itu masih perlu diperincikan serba sedikit sebelum dibentangkan ke Kabinet. ...
 
Masa depan program nuklear Malaysia - Utusan Malaysia
 
06/06/2009: KUALA LUMPUR
, -- PERKATAAN nuklear dianggap sebagai ungkapan yang mempunyai pantang larang tersendiri. Ini kerana penggunaannya sering kali dikaitkan dengan petanda buruk. Tidak kira sama ada pembangunan nuklear untuk tenaga atau senjata, persepsi yang pasti timbul ialah "penggunaan nuklear satu malapetaka". Pembangunan nuklear untuk kegunaan senjata sudah pasti membawa celaan seperti yang telah berlaku terhadap Korea Utara dan Israel. Begitu juga pembangunan nuklear yang tidak pasti penggunaannya juga akan menghadapi kecaman masyarakat antarabangsa seperti yang dihadapi oleh Iran ketika ini. ...
 
Terokai tenaga nuklear - Utusan Malaysia
 
05/06/2009: KUALA LUMPUR
, -- BANYAK telah diperkatakan tentang perlunya negara kita menimbangkan dengan serius kemungkinan beralih kepada tenaga nuklear terutamanya bagi penjanaan tenaga elektrik yang semakin hari semakin meningkat dari segi kos penjanaannya akibat kenaikan harga bahan bakar seperti minyak dan arang batu. .... Misalnya sehingga Ogos 2007, sejumlah 439 loji nuklear telah beroperasi di 30 negara seluruh dunia dengan keupayaan 371,671 Mwe (megawat elektrik). Tiga puluh buah lagi loji nuklear dengan keupayaan 23,413 Mwe, masih dalam pembinaan di 12 buah negara. ...
 
Bangun reaktor nuklear - PM - Utusan Malaysia
 
03/06/2009:JEJU,
Korea Selatan, -- Malaysia berminat mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk menjana tenaga kerana ia lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Korea Selatan mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam teknologi reaktor nuklear berskala kecil dengan 40 peratus daripada keperluan tenaga dalam negaranya dibekalkan melalui pelbagai jenis reaktor nuklear, bersaiz besar dan kecil. ...
 
PM Malaysia Minat Bangunkan Reaktor Nuklear Skala Kecil : Najib - Bernama
 
02/06/2009:
 -- PULAU JEJU (Korea Selatan)-- Malaysia amat berminat untuk mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk menjana tenaga kerana ia lebih menjimatkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Perdana Menteri berkata ini kerana Korea Selatan mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam teknologi reaktor nuklear berskala kecil di mana 40 peratus daripada keperluan tenaga dalam negaranya dibekalkan melalui pelbagai jenis reaktor nuklear, bersaiz besar dan kecil...
 
Kuala Lumpur minat teknologi hijau, nuklear - Berita Harian
 
02/06/2009:
 -- MALAYSIA amat berminat mempelajari teknologi Korea Selatan membangunkan penggunaan teknologi hijau dan nuklear bagi menghasilkan sumber tenaga yang selamat dan bebas daripada pencemaran alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak sempena Sidang Kemuncak Asean-Korea Selatan yang berakhir semalam. ...
 
TNB sasar guna loji tenaga nuklear 2025 - Utusan Malaysia
 
26/05/2009:
-- KUALA TERENGGANU 25 Mei - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menetapkan sasaran memulakan operasi loji tenaga nuklear pertamanya menjelang 2025, jika kerajaan memutuskan untuk menjadikan nuklear seBagai opsyen tenaga yang boleh diterima.

Ketua Unit Tenaga Nuklear TNB, Dr. Mohd. Zamzam Jaafar berkata, TNB tidak dapat mengetepikan tenaga nuklear ketika berlaku ketidaktentuan bekalan tenaga untuk masa depan serta harga bahan api fosil yang turun naik, selain sumber-sumber gas.

"Bagi memastikan bekalan elektrik boleh dipercayai dan harga yang munasabah, opsyen nuklear bebanan asas yang sudah terbukti, tidak boleh dinafikan," katanya pada talimat media mengenai pelan masa depan tenaga TNB, di Pulau Perhentian Besar, sebuah resort kepulauan di Terengganu ....

Guna potensi pelbagai tenaga atasi krisis - Utusan Malaysiaa

25/05/2009: KOTA KINABALU,  - Kerajaan harus menggunakan potensi kepelbagaian tenaga yang ada di negeri ini dalam usaha mengatasi krisis bekalan elektrik di negeri ini. Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Rosalam Sarbatly berkata, potensi tenaga yang dimiliki negeri ini harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia mampu mengatasi masalah tersebut. Malah katanya, pembinaan loji tenaga arang batu bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada bagi mengatasi krisis tenaga itu..
 
Banyak negara bakal miliki kuasa nuklear - Utusan Malaysia

16/05/2009: LONDON, – Antara 10 hingga 20 negara dijangka memiliki keupayaan tidak lama lagi untuk membina senjata nuklear melainkan kuasa-kuasa besar mengambil langkah untuk membubarkan senjata nuklear mereka sendiri. Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei dalam wawancara dengan akhbar Guardian hari ini, meramalkan lonjakan bilangan 'negara kuasa nuklear hakiki' yang mampu menghasilkan plutonium gred senjata atau uranium yang diperkaya selain memiliki kepakaran untuk membina kepala peledak peluru berpandu. Negara kuasa nuklear berkenaan dijangka tidak sampai ke peringkat memasang senjata nuklear dan dengan itu dari segi teknikalnya terus mematuhi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja mereka boleh membina dan menggunakan bom nuklear. ....
 
Dr. Noramly calon KP IAEA - Utusan Malaysia

02/04/2009: KUALA LUMPUR, -- KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan Malaysia menyokong pencalonan Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Profesor Datuk Dr. Noramly Muslim untuk menyandang jawatan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Malaysia akan mencalonkan Noramly untuk jawatan tersebut selepas Lembaga Gabenor IAEA gagal mempersetujui calon bagi menggantikan Mohamed ElBaradei pada pengundian minggu lepas. “Benar, Profesor Dr. Noramly Muslim secara rasminya mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia (untuk jawatan tersebut),” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili kepada Reuters menerusi mesej telefon mudah alih hari ini, tanpa memberi keterangan lanjut. . .....
 
Guna tenaga nuklear dikaji - Malaysia serius pertimbang hasil sumber elektrik - Berita Harian

12/11/2008: KUALA LUMPUR, -- KERAJAAN sedang mengkaji penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber pilihan menghasilkan tenaga elektrik dalam usaha memastikan bekalannya mencukupi, boleh dipercayai dan efektif dari segi kos menjelang tempoh selepas 2020. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kajian itu yang dilaksanakan kementeriannya bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dibuat kerana tenaga nuklear menjadi satu pilihan sangat menarik dan berdaya saing untuk menghasilkan tenaga elektrik berbanding sumber lain. .....
 
Perbaiki khidmat nasihat perubatan - Berita Harian

08/11/2008: KUALA LUMPUR, -- Pengamal perubatan disaran memperbaiki dan mempermudahkan penyampaian saluran perkhidmatan di hospital dan klinik bagi meningkatkan kredibiliti masing-masing sesuai dengan perkembangan semasa. Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nooraini Baba, berkata kemudahan mengakses maklumat mengenai gejala penyakit menerusi internet mewujudkan golongan pesakit berilmu serta menginginkan perkhidmatan berkualiti tinggi. .... Seminar anjuran Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bersama Lembaga Pelesenan Atom Tenaga Atom (AELB), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Perlindungan Sinaran (MARPA) dan Persatuan Perubatan Nuklear Malaysia (NMSM)
 
Mosti mahu lebih tumpu penyelidikan makanan - Berita Harian

07/11/2008: KUALA LUMPUR, -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan memberi lebih fokus terhadap penyelidikan dalam bidang pengeluaran makanan dalam usaha membantu Malaysia menjadi negara pengeluar makanan utama dunia  .... “Jika lulus, langkah terbaik akan disusun ke arah mewujudkan reaktor nuklear negara. Bagaimanapun, usaha itu akan mengambil masa antara 15 tahun hingga 20 tahun lagi berikutan pelbagai proses pada peringkat antarabangsa dan tempatan perlu dilalui sebelum ia dapat direalisasikan,” .....  
 
Membina industri nuklear untuk tenaga - Utusan Malaysia

06/11/2008: KUALA LUMPUR, -- TERMA nuklear seringkali dikaitkan dengan kuasa radioaktif berbahaya yang boleh memberi kesan buruk serta memusnahkan kehidupan.. ... Justeru, untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan orang awam terhadap teknologi berkenaan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah menganjurkan program Rangkaian Keselamatan Nuklear Asia (ANSN) kelapan di negara ini yang pertama kalinya menjadi tuan rumah ....
 
Geran Lebih Besar Diperlukan Untuk Meningkatkan Penyelidikan Dan Inovasi - Bernama

06/11/2008: KUALA LUMPUR, -- Geran yang lebih besar diperlukan untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi di negara ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan inovasi, Fadillah Yusof. ... Mengenai penggunaan tenaga nuklear, beliau berkata kementerian itu akan menyerahkan cadangan kepada Kabinet pada akhir tahun.
 
Kerajaan Disaran Cari Sumber Tenaga Baru - Bernama

23/10/2008: KUALA LUMPUR, -- Kerajaan disaran supaya mencari sumber tenaga baru yang murah untuk menampung kos pembekalan tenaga negara yang kian meningkat. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) berkata walaupun harga minyak mentah telah menurun, kerajaan wajar mengkaji semula struktur dan polisi perbekalan tenaga di negara ini. Beliau menyokong usaha kerajaan untuk menjanakan tenaga elektrik melalui tenaga nuklear. ...
 
Kertas Kerja Penggunaan Tenaga Nuklear Dibentang Ke Kabinet Akhir Tahun - Bernama

20/10/2008: PUTRAJAYA, -- Kertas kerja bagi memohon kelulusan kerajaan tentang penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga utama negara akan dibentangkan dalam kabinet akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof. Beliau berkata, kertas kerja tersebut disediakan bersama kementerian itu dengan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi adalah bagi memohon kelulusan kabinet berhubung polisi pelaksanaan penggunaan tenaga nuklear, samada ia mahu dijadikan sebagai sumber tenaga utama atau sebaliknya. ...
 
Malaysia Dilantik Anggota Lembaga IAEA - Bernama

03/10/2008 : Malaysia dilantik menganggotai lembaga gabenor agensi tenaga atom antarabangsa (IAEA) bagi tempoh Oktober 2008 sehingga September 2010, demikian menurut kenyataan dari Kedutaan Malaysia di Austria dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Wakil Malaysia di lembaga gabenor IAEA ialah Datuk Mohd Arshad M. Hussain yang juga duta ke Austria dan wakil residen ke IAEA...
 
Malaysia guna nuklear 2023 - Utusan

20/9/2008 : Kaedah menggunakan teknologi nuklear untuk mempelbagaikan tanaman hiasan akuarium TEKNOLOGI nuklear yang sering dikaitkan sebagai penyebab kemusnahan kepada manusia dan alam, sebenarnya boleh dimanfaatkan, khususnya bidang sains dan teknologi bagi membantu memajukan produk atau kajian dalam pelbagai disiplin ilmu. Teknik menggunakan sinaran gamma, neutron, alfa atau beta itu boleh diterapkan untuk pelbagai tujuan termasuk membangunkan bidang pertanian dengan memperbaiki hasil tanaman serta mempelbagaikan kegunaan tumbuhan...
 
R&D: Teknik mutasi tumbuhan - Berita Harian

18/9/2008 : Malaysia guna nuklear 2023. Oleh Ainol Amriz Ismail. SHAZIMAN ABU MANSOR. TAMPIN 19 Sept. - Malaysia dijangka menjadikan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bagi penjanaan elektrik pada 2023.Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, negara tiada pilihan ketika ...
 
Usaha galak guna sumber tenaga alternatif - Berita Harian

02/9/2008, KUCHING : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertingkatkan usaha menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif berikutan keputusan kerajaan memberi pengecualian cukai dan insentif yang menarik dalam Bajet 2009. .... Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, penerokaan sumber tenaga nuklear akan diberi tumpuan dengan kertas kerja mengenainya dijangka akan dibentangkan kepada kabinet pada hujung tahun ini ...
 
Kementerian janji siasat dakwaan - Berita Harian

02/9/2008, KUALA LUMPUR-- : KEMENTERIAN Kesihatan akan menyiasat laporan audit berhubung isu pemberian kontrak pembelian mesin pengimejan (x-ray), RM33 juta kepada Glotel Sdn Bhd (Glotel). Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pihaknya memandang serius laporan itu dan langkah perlu akan diambil. "Kita sedar isu kontrak itu yang sememangnya dalam perhatian ....
 
Kontrak beli mesin X-ray dipertikai - Berita Harian

02/9/2008, KUALA LUMPUR-- : JABATAN Audit Negara mendapati kaedah pemberian kontrak pembelian mesin pengimejan (X-ray) berharga RM33 juta oleh kementerian Kesihatan kepada Glotel Sdn Bhd (Glotel) menimbulkan persoalan yang gagal dijawab kementerian itu ......berkelayakan atau memiliki lesen mengendalikan bahan radioaktif dan alat pengimejan seperti disyaratkan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pelesenan Tenaga Atom....
 
Gigih kuasai teknologi - Utusan

02/9/2008, KUALA LUMPUR-- : BEKAS Presiden India, Dr. APJ Abdul Kalam dilihat sebagai bapa kepada pembangunan teknologi peluru berpandu yang membawa India kepada taraf negara kuasa besar dunia.  .... Tenaga nuklear adalah tenaga yang bersih. Penggunaan arang batu umpamanya menghasilkan karbon dioksida yang terlalu banyak. Kesannya ke atas alam memang boleh dipersoalkan. Justeru tidak salah Malaysia juga bergerak ke arah penggunaan tenaga nuklear. Bagaimana dari segi kesan ekonomi ke atas Malaysia kerana nuklear dikatakan mahal penghasilannya? Kononnya tenaga nuklear mahal adalah satu fiksyen semata-mata. Sebagai perbandingan, kos sebanyak hampir RM309 ribu diperlukan untuk menghasilkan satu megawat tenaga menggunakan arang batu, terma pula sebanyak hampir RM387 ribu manakala jumlah RM619 ribu untuk menghasilkan satu megawat tenaga menggunakan nuklear.
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 


   
    Berita    
 

     MoU between Atomic Energy Licensing Board (AELB) and Badan Pengawasan Tenaga Nuklir (BAPETEN)
Read more ...


M'sia To Use Nuclear Power For Electricity Generation By 2020
Read more ...


Bersaing miliki nuklear
Read more ...


New Clear Option
Read more ...


Radioactive Sources Photo Gallery
Read more ...


All About Radiation
Read more ...


     How Nuclear Power Works
Read more ...



 
Pandangan anda dihargai! Sertai Soal Selidik Kami..

KAJIAN PENERIMAAN ORANG AWAM TERHADAP PENJANAAN KUASA ELEKTRIK BERASASKAN TENAGA NUKLEAR
(Klik di sini untuk versi B. Inggeris)
Muat turun Borang
1. Kaedah Isi
2. Survey AWAM NPP
 
Download Newsletterr
March 2009, Feb. 2008, August 2008

 

 
SENARAI AGENSI YANG DIIKTIRAF OLEH AELB UNTUK MENJALANKAN PERKHIDMATAN JURUPERUNDING PERLINDUNGAN SINARAN (JPS), PERKHIDMATAN UJIAN KEBOCORAN DAN AGENSI LATIHAN
Kemaskini 22 April 2009
 

Import/Eksport Bahan/Mineral Radioaktif & Radas Penyinaran
 
 
 
 
 
 
"GET YOUR SEMINAR/ CONVENTION MATERIAL HERE"
2007/2008
 
 
 
 

 Multimedia Super Corridor